WAL A'SR

PANORAMA PONDOK

PENGUNJUNG YANG TIBA

PENGIKUT PONDOK

LOKASI PENGUNJUNG

JUMLAH PENUNJUNG

INFO PONDOK

Posted by Pondok Darussalam Thursday, April 10, 2008

Penubuhan
Pondok Darussalam ialah sebuah Sekolah Agama Rakyat yang didaftarkan di bawah Kaedah-Kaedah Pendaftaran Pengawalan Sekolah -Seklah Agama Islam 1998 dengan nombor pendaftaran bilangan 4/99 bertarikh 2 Mac 1999.


Pengasas
Ia telah diasaskan oleh Allahyarham Tuan Guru Hj Abdul Rahman Ahmed sebagai satu usaha untuk meneruskan sistem pengajian pondok yang merupakan alternatif dalam pendidikan agama yang mempunyai keistimewaan-keistimewaan tersendiri.frastruktur asas dibangnkan diatas lot bernombor 1604 dan 1605 seluas 1.649 ekar tanah bendang kepunyaan Tuan Guru sendiri yang diwakafkan sebagai wakaf khas

Jawatankuasa Tadbir
Ditadbir dan diuruskan oeh sebuah jawatankuasa terdiri daripada 6 orang ahli dengan diwakili oleh seorang pegawai kanan daripada Majlis Agama Islam Terengganu.Ustaz Khalid Bin Tn Guru Hj Ab Rahman (anak) bertindak sebagai Pengerusi dan Mudir Pondok selepas kematian beliau pada Mac 2008 .S

Info Mudir

Pondok Darussalam telah diambil alih oleh Ustaz Khalid iaitu anak Allayarham Tn Guru Hj Ab Rahman pada bulan Mac 2008 .Graduan Universiti Al-Azhar ,Mesir dalam bidang syariah kini berkhidmat sepenuh masa untuk menyambung usaha Tn Guru dalam memakmurkan Pondok Darusalam.


Kemudahan Fisikal
Berkat keikhlasan dan semangat juang Allayarham Tn Guru dan Jawatankuasa Tadbir sehingga kini pondok mempunyai kemudahan-kemudahan berikut:


1) Bangunan Pentadbiran - Bangunan 3 tingkat

2) Surau - Kapasiti 250 orang jemaah

3) Maktabah - Di Bangunan Tingkat 3

4) Rumah Guru -Dua buah Rumah Semi-D 2 tingkat
-Sebuah Rumah Kayu

5) Asrama Putera (baru) -Tiga unit dormiteri 2 tingkat

6) Asrama Putera (lama) -Tujuh Unit Kontena Terpakai Yang Telah Diubahsuai.

7) Asrama Puteri (baru ) - 3 unit dormiteri 2 tingkat

8) Asrama Puteri (lama)- 3 unit bangunan kayu

9) Bilik Darjah - 9 bilik

10) Bilik Kuliah Am - 2 bilik


Sumber Kewangan

Semua kemudahan fisikal termasuk perabot dibangunkan dengan bekalan bahan daripaa khairat orang ramai yang terdiri daripada penduduk setempat, individu dan organisasi daripada pelbagai tempat secara berperingkat dan berdikit-dikit.Sehinga kini aset dan jumlah yang telah diterima dan dibelanjakn mencecah RM 1.5 juta.Pihak Pondok Darussalam juga menerima peruntukan kewangan daripada Kerajaan Negeri Terengganu.










LOGO PONDOK

LOGO PONDOK

ANDA INGIN MENYUMBANG?

Pondok Darussalam merupakan institusi pendidikan yang menawarkan pendidikan secara PERCUMA ( Non Profit Organization) kepada individu yang berminat.Pihak pondok amat mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin mewakafkan harta atau menyumbang samaada dalam bentuk wang atau apa jua bentuk yang dapat membantu perjalanan pondok kearah kecemerlangan dunia dan akhirat.SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT SAHAM DIAKHIRAT NANTI.

Sila hubungi Ustaz Khalid (Mudir Pondok) melalui e-mail pondokdarussalam@yahoo.com.my.

ARTIKEL POPULAR